Was-was Taklik


Pertanyaan:

Assalamualaikum ustaz..saya ada satu persoalan mengganggu jiwa raga saya. Saya sudah berumahtangga dan alhamdulillah saya melihat diri saya sekarang dalam fasa perubahan untuk mendekatkan diri kepada Allah. Tetapi kejadian baru-baru ini seakan merencatkan perubahan saya ini. Saya seolah-olah kerap diganggu oleh 'kata-kata' dalam hati saya berkenaan talak. Sehinggalah pada suatu hari, ketika saya termenung seorang diri..saya bermain-main dan menggerakkan lidah ke kiri dan ke kanan dalam keadaan mulut tertutup sehingga mengeluarkan bunyi air liur berkocakan di dalam mulut...saya pasti tiada suara yang keluar sebab mulut tertutup rapat cuma bunyi air liur berkocakan di dalam mulut kerana perbuatan mengerakkan lidah tersebut. Ketika menggerak-gerakkan lidah tersebut..seolah-ada ada suatu 'suara jahat' dalam hati supaya niatkan gerakan lidah tersebut kepada jatuhkan talak kepada isteri saya.

Saya seperti dikawal oleh 'suara' tersebut dan mengiakannya. Kemudian saya tersedar dan mula rasa bimbang dan was-was..adakah sudah jatuh talak dengan gerakan lidah tersebut. Saya bertambah takut dan risau kerana perbuatan gerakan lidah tersebut mengeluarkan bunyi air liur berkocakan di dalam mulut.. Adakah bunyi kocakan air liur tersebut boleh ditafsirkan sebagai lafaz kinayah ustaz?? Saya cuba meyakinkan diri saya bahawa talak untuk orang yang boleh bercakap hanya akan jatuh dengan LAFAZ & TULISAN sahaja. Betul kan ustaz? Sedangkan situasi saya tiada lafaz yang keluar (mulut tetutup rapat)..hanya gerakan lidah ke kiri ke kanan dan bunyi kocakan air liur secara semulajadi yang berlaku.

Namun ustaz, ketenangan saya tidak perolehi juga..perkara ini sering mengganggu saya, ibadat saya dan juga hubungan dengan isteri dan anak. Saya jadi lemah untuk beribadat..takde semangat..semakin kurang ke masjid kerana kadang mengalami kemurungan. Saya kerap memarahi anak saya kerana perkara ini. Saya jadi hilang semangat & murung.
Oleh itu ustaz, saya mintak jasa baik ustaz, untuk rungkaikan masalah saya ini..saya ingin bertanyakan kepada ustaz, kalau kita ketepikan rasa was-was..jika dari segi hukum syarak..adakah jatuh talak kepada isteri sekiranya situasi seperti di atas iaitu berniat dalam hati; maksudnya niatkan gerakan lidah ke kiri dan ke kanan kepada talak kepada isteri (DENGAN MULUT TERTUTUP & TIADA LAFAZ) berlaku dengan sengaja? Adakah bunyi kocakan air liur tersebut itu boleh dimengertikan sebagai lafaz kinayah ustaz..Tolong la saya ustaz..ibadat dan hubungan kekeluargaan saya terganngu dengan perkara ini ustaz. Terima kasih.



-- Hamba Allah (Malaysia)

Jawaban:

Wswrwb.

Saudaraku yang dirahmati ALLAH.

Jelas sekali bahwa anda belum mengucap apapun kepada istri anda, maka tidak ada apa-apa. Apalagi talak, ya jauh sekali . Maka tidak ada talak.

Nah sekarang anda jangan lagi melakukan hal-hal yang membuat anda was was itu. Ketika ada keinginan melakukan hal tersebut, alihkan dengan membaa AYAT KURSI, AN NAS, AL FALAQ DAN AL IKHLAS, terus baca berulang ulang. Dan jangan dikurangi kebiasaan baik anda ke masjid, justru paksakan diri untuk rajin shalat berjamaah di masjid.

Dan kalau andaingin memarahi istri atau anak, segera sadar bawa,SURGA ITU UNTUK ORANG-RANG YANG MAMPU MENAHAN MARAHNYA DAN MEMAAFKAN ( QS 'Ali 'Imron 133-134)

Semoga anda semakin bijak agar mampu menhindari perbuatan yang bisa mendatangkan kerusakan dalam rumah tangga. Aamiin

WaLLAHU a'lam



-- Selamet Junaidi