وعليكم السلام ورØÙƒØ© الله وبركاته
Saudara Insan Kerdil (di hadapan ALLAH saja)
Anda sedang diuji ALLAH SWT dengan penakit was-was. Saya yakin anda bisa mengatasinya.
Dengan Cara;
In sya ALLAH ada obat yang paling mujarab untuk penyakit ini, iaitu tidak mempedulikan secara keseluruhan. Meskipun dalam dirinya muncul keraguan yang hebat. Karena jika dia tidak perhatikan keraguan ini, maka keraguannya tidak akan menetap dan akan pergi dengan sendiri dalam waktu yang tidak lama. Sebagaimana cara ini pernah dilakukan oleh mereka yang mendapat taufiq untuk lepas dari was-was. Sebaliknya, orang yang memperhatikan keraguan yang muncul dan menuruti bisikan keraguannya, maka dorongan was-was itu akan terus bertambah, sampai menyebabkan dirinya seperti orang gila atau lebih parah dari orang gila. Sebagaimana yang pernah kami lihat pada banyak orang yang mengalami cubaan keraguan ini, sementara dia memperhatikan bisikan was-wasnya dan ajakan syaitannya
Bayangkan saya pernah melihat seorang yang terkena penyakit was-was, dia terpaksa membazirkan waktunya berjam- jam setiap hari, untuk mengelap lantai rumahnya kerana dirasakan bernajis, walaupun secara zahirnya dia tidak nampak pun najis.
2. Mengambil Sikap Yang Berlawanan Tentang Apa Yang Diragukan
Maksudnya di sini ialah mengambil sikap yang berlawanan tentang apa yang diragukan. Seperti anda sekarang ada bisikan talak, jawablah TETAP MESRA atau SEMAKIN BAHAGIA dll
3. Terus Berlatih Dengan Sabar
Untuk menghilangkan penyakit was-was ini, tidak dinafikan bukannya mudah. Tetapi ianya tidak mustahil. Dengan syarat anda perlu terus melatih hati anda untuk tidak melayan perasaan tersebut dan tetap bersabar. Sampailah gangguan tersebut benar-benar telah hilang dari hati anda.
Salah satu motivasi yang boleh anda tanamkan dalam hati ialah semua perasaan was-was yang muncul dalam diri anda sebenarnya adalah salah satu dari bentuk godaan syaitan. Dan usaha yang sedang anda lakukan untuk menghilangkan was-was itu juga adalah sebenarnya usaha anda melawan godaan dan hasutan syaitan.
Jadi anda yang sedang mengidap penyakit was-was ini sedarlah bahawa anda sedang berjihad. Jika perjuangan melawan godaan syaitan ini disertai dengan niat yang ikhlas kerana Allah dan mengikuti sunnah Nabi SAW, inshaaAllah anda akan mendapat ganjaran pahala dari Allah.
4. Banyakkan Mohon Perlindungan Kepada Allah Dari Godaan Syaitan
Oleh kerana perasaan was-was ini berpunca dari gangguan syaitan, maka tidak dapat tidak anda kena banyak memohon perlindungan kepada Allah. Dari sahabat Usman bin Abul Ash, bahawa beliau mendatangi Nabi SAW dan mengadukan kepada Baginda, “Wahai Rasulullah. Sesungguhnya syaitan telah menghalangi aku dengan solatku (tidak khusyuk), sampai aku menjadi keliru dengan bacaan solatku.
Kemudian Nabi SAW telah bersabda:
“Itulah syaitan, namanya Khanzab. Jika engkau berasa sedang digoda syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah dari gangguannya. Dan meludahlah ke aras kiri sebanyak 3 kali”. (Hadis Riwayat Muslim 2203). Usman mengatakan, “Aku pun melakukan apa yang disarankan oleh Nabi, dan Allah menghilangkan gangguan itu dariku”
Salah satu usaha untuk melindungi diri dari gangguan syaitan ialah dengan melazimkan diri membaca zikir pagi dan petang. Kerana salah satu keutamaan dari amalan berzikir ialah untuk perlindungan dari segala bentuk gangguan syaitan.
5. Belajar Cara Beribadah Dengan Ilmu Yang Benar
Kebanyakan dari mereka yang terkena penyakit was-was ini adalah mereka yang tidak memiliki ilmu yang betul tentang cara melakukan ibadah yang benar.
Semua ibadah yang dilakukannya mengikut apa yang dirasakan betul, ataupun sebab mengikut orang.
Berbeda dengan orang yang mempunyai ilmu yang benar tentang sesuatu ibadah. Dia melakukan ibadah berdasarkan ilmu yang diyakini benar. Sekiranya datang juga perasaan was-was tersebut, dia akan mempu menentang perasaan tersebut dengan ilmu yang diyakini benar tersebut.
Kesimpulannya, disamping semua usaha yang dilakukan di atas, jangan lupa banyak berdoa kepada Allah, memohon dengan bahasa yang anda fahami, agar Allah membebaskan anda dari penyakit was-was ini. Semoga Allah memudahkan seluruh masalah anda...menjadi barokah
WaLLAHU a'lam