Keraguan Lafaz

Lain-lain, 16 Juli 2026

Pertanyaan:

Assalamualaikum, saya minta maaf banyak-banyak kerana kerap mengirim soalan di sini.

Saya betul betul hairan adakah ketika saya berseorangan saya terlafaz dengan suara yang dapat didengari dengan telinga sendiri atau tidak ketika itu? Saya kerap tertanya adakah pada waktu itu lafaznya keluar suara atau tidak? Kadang-kadang rasa macam ada suara, kadang-kadang rasa macam tiada suara. Macam mana nak pastikan mana satu? Bukan itu sahaja tetapi saya juga hairan adakah ayatnya lengkap atau tidak? Adakah ayatnya ada sebut isteri atau tiada langsung maksud saya adakah waktu itu saya ada mention isteri saya atau tiada langsung seperti sebut kau atau isteriku atau nama isteri atau tiada langsung? Ini membuat saya kerap tertanya sama ada sebut isteri atau tidak? Sebagai contoh, adakah ayatnya "Cer_i tal_k 1 (atau 3)" sahaja, atau "Aku cer_i tal_k 1 (atau 3)" sahaja, atau "Aku cer_i kau/isteriku/nama isteri tal_k 1 (atau 3)" sahaja.? Ada masa saya juga tertanya adakah saya ada sebut perkataan "Kalau" jika terlafaz? Sebagai contoh adakah saya sebut "Kalau cer_i tal_k 1 (atau 3)" sahaja? Paling menakutkan, adakah saya sebut tal_k 1 atau tal_k 3 jika terlafaz? Saya mohon minta maaf atas kekerapan mengirim soalan di sini. Saya berasa amat runsing hampir 2 tahun tentang perkara ini. 



-- Anonymous (Selangor)

Jawaban:

pertanyaan yang hampir sama telah dijawab pada pertanyaan tiket:24813

silahkan baca kembali dan pahami.



-- Amin Syukroni, Lc